MESYUARAT AGONG PERWAKILAN TAHUNAN 2026

46-ஆம் ஆண்டுப் பேராளர் பொதுக்கூட்டம்
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-46

Tarikh: 28 Jun 2026
Masa: 9.00 AM
Lokasi: Shenga Convention Hall, Batu Caves, Selangor

Koperasi Kredit Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad dengan bangganya telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-46 pada 28 Jun 2026 bertempat di Shenga Convention Hall, Batu Caves, Selangor.

Mesyuarat ini telah menghimpunkan para perwakilan dari seluruh negara bagi membincangkan pencapaian koperasi sepanjang tahun, meluluskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan, mempertimbangkan cadangan pindaan Undang-Undang Kecil, serta membincangkan Pelan Strategik Koperasi bagi tempoh lima (5) tahun akan datang dalam usaha memperkukuh pertumbuhan, memperluaskan perkhidmatan, dan memastikan kemampanan koperasi demi manfaat seluruh anggota.

Acara penting yang berlangsung termasuk:

  • Pembentangan Laporan Tahunan Lembaga dan Penyata Kewangan bagi Tahun Kewangan 2025.
  • Pembentangan prestasi kewangan serta pengumuman pembayaran dividen kepada anggota.
  • Pembentangan dan kelulusan cadangan pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi.
  • Perbincangan mengenai Pelan Strategik Koperasi bagi lima (5) tahun akan datang, termasuk sasaran pertumbuhan, transformasi digital, pembangunan aset, dan pengukuhan kedudukan kewangan koperasi.
  • Kelulusan Anggaran Belanjawan Tahun 2027 serta penetapan had pinjaman luar.
  • Perbincangan usul-usul yang dikemukakan oleh para perwakilan.
  • Penyampaian amanat oleh Pengerusi dan tetamu kehormat mengenai hala tuju serta pembangunan Koperasi.

 

KEHADIRAN ISTIMEWA

Y.B. Tuan Dr. Gunarajah R. George

 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Sentosa

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Y.B. Tuan Dr. Gunarajah R. George, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Sentosa, yang telah menyampaikan ucapan penuh inspirasi serta menekankan kepentingan semangat kebersamaan, keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat dan peranan organisasi seperti koperasi dalam memperkasakan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Kehadiran beliau turut mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha koperasi dalam membina komuniti yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan.

Penyampaian Hadiah Sagu Hati dan Cenderahati

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah sagu hati dan cenderahati kepada para perwakilan KKP yang telah dipilih sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pencapaian, komitmen serta sumbangan mereka dalam menyokong perkembangan dan kecemerlangan Koperasi. Penyampaian tersebut merupakan salah satu bentuk penghargaan KKP kepada anggota yang menunjukkan prestasi membanggakan serta memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam gerakan koperasi.

Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kali Ke-46 berjaya menghimpunkan seramai 313 orang perwakilan dari seluruh kawasan Koperasi Kredit Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad. Penyertaan yang tinggi ini membuktikan keyakinan dan kepercayaan para perwakilan terhadap kepimpinan koperasi serta kesungguhan mereka untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan koperasi.

MESYUARAT AGONG PERWAKILAN TAHUNAN 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *